Sunday, March 28, 2010

Solat...

Kita sering mendengar istilah...
"Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan"...
Kite gerun tambah takut tambah insaf bila mendengarnya...

Tetapi..
Adakah kita benar-benar insaf??
Atauupun sekadar rasa sementara perasaan itu??

Di sini adalah asal usul solat...
Yang mana sebagai umat Islam, kita patut dirikannya...
Kerana "Solat Adalah TIANG agama"...

SOLAT SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga dan diturunkan ke bumi.Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda merasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. bersembahyang 2 rakaat.

Rakaat Pertama: Bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat Kedua: Bersyukur kerana siang telah menjelma.

SOLAT ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s. 4 rakaat.

Rakaat Pertama: Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat Kedua: Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat Ketiga: Bersyukur dan bermohon keredhaan Allah s.w.t.
Rakaat Empat: Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

SOLAT ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan solat asar ialah Nabi Yunus a.s., iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s. di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah dari 4 kegelapan.

Rakaat Pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat Ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat Keempat: Kelam dengan perut ikan nun.


SOLAT MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s., iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa a.s. lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut.

Rakaat Pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain dari Allah yang Maha Esa.
Rakaat Kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat Ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

SOLAT ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s., iaitu pada suatu ketika baginda telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa a.s. sebagai tanda bersyukur kepada Allah sebanyak 4 rakaat.

Rakaat Pertama: Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat Kedua: Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat Ketiga: Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat Keempat: Dukacita terhadap anak Firaun.

Tanpa TIANG, bagaimana sebuah rumah yang teguh dapat dibina??
Fikir-fikirkanlah...

Diambil untuk dijadikan peringatan pada semua dari sini..

Saturday, March 27, 2010

Rindu....

Aku rindu kamu...
Adakah kamu juga rindu padaku??

Rindu....
Amat mahal takrifnya...
Itulah yang difitrah oleh hamba-Nya...

Rindu...
Hanya tertulis pada perkataan...
Tapi gagal dilihat pada zahirnya...
Kerana rindu itu adalah tanggungjawab...
Yang mana wujud kesetiaan dan kejujurannya di dalamnya...

Rindu...
Ingat pada yang satu...
Jujur pada yang setia...
Setia pada yang kisah...
Kisah pada yang rindu...

Rindulah...
Pada yang menyayangimu...
Rindu tidak akan datang kalau tidak dicari...
Rindu juga tidak tidak akan dapat kalau tiada siapa yang memberi...

Tetapi MERINDULAH biarlah pada yang SUDI...
Bukan MEMINTA pada yang SIMPATI....

Thursday, March 25, 2010

Aku....

Aku cuma insan biasa..
Yang mempunyai hati dan perasaan...

Aku bukanlah robot...
Yang mana boleh dilakukan sesuka hati....
Menyakiti hatiku...
Menyeksa jiwaku...
Tanpa ada rasa sakit...

Aku cuma insan biasa...
Yang memerlukan sokongan...

Aku bukanlah tiang yang teguh berdiri...
Yang boleh menjalani hidup sendiri...
Tanpa keluarga...
Tanpa teman....

Aku cuma insan biasa...
Yang lemah...
Yang tidak berdaya...
Dan yang cuma bergantung....
Kepada ketentuan-Nya.....

Itulah aku....